Saturday 17 December 2011

Salah sangka

Biar masa menentukan..

Tak siapa berhak menghakimi..

As time goes down..

We'll see




Friday 16 December 2011

Thursday 15 December 2011

Kerana aku sayang kamu..

Kerana darah kita sama..
mengalir dari punca asalan yang sama..
Aku sayang dirimu..

Once we're too close..
But then, i feel we were to far from each other..

or maybe that was just only what i feel about..
But i really do care about you..
Just the same as before..

Mungkin kematangan buatkan kita lain..
Mungkin usia buatkan kita merubah..
Mungkin jarak buatkan kita terpisah..
Mungkin perubahan itu buatkan kita berbeza..

Actually, i miss that time when we were 'triple trouble' together....

Love :
Sister

Tuesday 13 December 2011

Antara 2

Mulut kata jangan..


Hati kata pergi...




Otak kata, "lu pikir la sendiri"


Wednesday 7 December 2011

Air mata

Mereka semua bikin air mata aku mengalir senyap..
Senyap dalam kegembiraan...
Semoga pertambahan umur ini membuatkan aku,
menjadi seorang manusia yang lebih matang,
dan lebih dekat kepada Allah...


Thanks Sisters





*terharu



Tuesday 6 December 2011

Payah

Dalam kesenangan,

Rupanya ada kepayahan yang menanti..

Ya Allah... Tabahkan jua hatiku..







Saturday 3 December 2011

Harap..

Tak lagi mahu mengharap...
Pada yang belum pasti..

Usah lagi kau pujuk hati,
walau beratus utusan kalimah cinta kau beri..











Thursday 1 December 2011

Jangan Ingat

Tak perlu ingat..














Sebab aku tak mengharap~



:)

Wednesday 30 November 2011

Kagum

Sesat hingga ke sini.....
Pastikan kau jua ingin tahu siapa..

Tidak pula aku mengharapkan perhatian....
Hanya sekadar medium tuk aku meluahkan rasa...

lemah jemari aku menari atas keyboard usang..
begitu juga dengan pinggiran hati ini yang terselit jua rasa itu..

aku sungguh kagum..




Sekian


Tuesday 29 November 2011

Aku tahu..

Kau tidak pernah "suka" atau titipkan sebarang kata pada coretan-coretan aku sebab kau jugak berkongsi rasa sama macam aku kan....


Atau aku hanya memasang angan yang lebih...








Sekian~


Wednesday 23 November 2011

Hijau

Hijau itu menenangkan..
Hijau itu mempesonakan..

Rugi pada siapa yang tak nampak..
walaupun sekilas...







~i have no secrets to be tell : TQ~



Tuesday 1 November 2011

Thanks for being kind to me

Hanya Engkau sahaja yang tahu betapa perit saat aku melalui dugaan dariMu...Kau hadirkan satu cabaran itu buat aku ,rupanya Kau nak berikan aku hadiah paling bernilai yang sukar ditemui iaitu kegembiraan. Syukur aku padaMU Tuhan sekalian Alam yang memudahkan bagiku perjalanan hidupku walaupun terdapat benteng-benteng tebal yang gah berdiri cuba menjatuhkan semangatkan.. Kini ku tahu, sabar dan usaha itu perlu dalam melaksanakan sesuatu hal supaya kecapi manisnya kebahagiann yang bakal diperolehi itu dan sememangnya tak ternilai dek jemari mahupun kalkulator.

Syukur Alhamdulillah.






Friday 21 October 2011

beku

Saat lidah aku kelu dan membeku...






*speechless

Sunday 16 October 2011

Convert










Will him ?











Saturday 15 October 2011

hati lelaki

bersama dari tempat sama,
tapi membawa jejak tak serupa.
kaki ku menuju destinasi,
dan dia punya destinasi tersendiri.
*sigh, mengeluh sendiri,
aku tak punya muslihat atau skill,
Sebab aku sangat susah untuk mencuri,
hati seorang lelaki..

Thursday 13 October 2011

buta mata, buta hati

Mata dianugerahkan pada kita untuk melihat..
Hati dianugerahkan pada kita untuk menimbal,

Mana yang benar,
Mana yang salah

Tapi masih ada yang buta keduanya..

Sayu terasa...

Tuesday 11 October 2011

Mereka ada bintang

mereka punya bintang tinggi,
sudah singgah mendakap hati,
saya jua yang masih begini,
konon nak mencari,
tapi tak ketemu lagi..



P/s : tiba terasa .........

Saturday 1 October 2011

3 Minggu

Selama 3 minggu itu aku menunggu,
khabar penuh gumpita,
tak pernah henti aku mengembara,
sepelusuk tempat aku selidiki,
walau diherdik dan dihina,
aku tetap teguh menebalkan muka,
tak mengapa, itu hari mereka.

Terima kasih kalian yang berjasa,
hingga akhirnya aku mendapat perlindungan itu,
walaupun bekas yang kurang enak,
langsung aku tak peduli,
demi ibu tercinta,
yang tak makan 2 minggu,
gara-gara perilaku ku..:(

maafkan anakmu ibu...

Tuesday 27 September 2011

Bersyukurlah

Bsyukurlah pd org yg menyakiti hatimu krn dia lah yg menabahkanmu,
Bsyukurlah pd org yg tidak mgendahkanmu krn dia lah yg mbuatmu lebih berdikari,
Bsyukurlah pd org yg mgkhianatimu krn dia lah yg mbuatmu lebih mgenal diri,
Bsyukurlah pd yg mperkecil- kecilkanmu krn dia lah yg mbuatmu mgenal abiliti diri,

Bsyukurlah pd yg mbantu krn dia lah yg mbuatmu tidak terkapai2 sendiri,
Bsyukurlah pd yg menasihati krn dia lah mbuatmu sntiasa berhati2,
Bsyukurlah pd yg sudi myayangi krn dia lah yg mbuatmu rs lebih dhargai,
Bsyukurlah pd yg sentiasa di sisi, krn dia lah yg akan mjadi 'temanmu' hingga akhir nnti ♥

BERSYUKURLAH DGN APA YG ADA^^

P/s : was taken at Zaharatul akma's fb

Thursday 22 September 2011

HEDAYAH HASSAN

Walau badai kunjung tiba,
tetah kau utuh ,
setenang air yang mengalir,
itulah lebihnya dirimu
yang tiada pada orang lain.

Biacaramu seiring perlakuanmu,
malah Tuturmu tertib,
malah menggoyahkan pada yang menadah,
terpana jua tatkala ketegasanmu membisa.

Disebalik kepetahan dirimu,
ada yang lucu yang menggelikan kami,
tapi dek kerana kita sudah serasi,
semuanya "lali" dengan keletahmu.

Kau maksudkan semua keluh rasamu,
dalam sebuah bait-bait yang indah,
seindah namamu,
"HEDAYAH HASSAN"

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN ADINDA HEDAYAH HASSAN

Monday 19 September 2011

hipokrik kronik

hari ni kita bersua,
kau tanyakan khabar,
seolah tentang aku langsung kau tiada tahu,
sedangkan kau lebih tahu punca itu,
yang menyebabkan aku hilang tempat berlindung.



"sesungguhnya doa orang teranaia diterima Allah.InsyaAllah"






Friday 16 September 2011

2 bulan

Dalam waktu itu tidak ku lihat wajahmu,
sungguh aku terasa rindu,
lalu dipertemukan pada malam lalu,
Aku sungguh terharu,
Sebab kau sudi panggil aku..

Tangisku di bahumu..

Kalam menulis... tanpa tintanya...
Aku menangis... tanpa ditanya..

Aku inginkan sedetik waktu untuk cuba mengenalpasti keikhlafan diri....bersendiri...

Terima kasih ibu untuk kata-kata ini..

"jangan lemah semangat..apa yang berlaku ada hikmahNya.. Kita saja yang tak tahu sebab Allah maha mengetahui,...Mungkin Allah beri kejayaaan cemerlang dengan kesungguhan kita , sebab tu Allah uji dulu supaya kita lebih sabar dan lebih tabah dan bersungguh-sungguh lagi...InsyaAllah..."







Tuesday 30 August 2011

Coretan si minah rempit

Wa nak cakap nan lu,
lu dengar baik-baik,
sebab wa nak guna banyak "U"...

Hari ni hari raya tau
tapi wa tanak cerita pasai hari raya tu,
wa nak kongsi, wa beli hp baru.

Wa beli kemarin dulu,
bau kedai lagi tu,
warna pink pujaan hatiku.

Jenama pilihan wa colby two,
harga berbaloi memang wa kepingin dari dulu,
jangan cemburu.

Wa tahu lu tak setuju,
sebab masih boleh diguna hp wa yang dulu
wa takde heran,wa nak jugak yang baru.

wa bukan berlagak la lu,
tapi nak sharing-sharing sama lu.

Monday 22 August 2011

Sebuah gambar menceritakan 1000 kisah..

Bila ku kenang pada gambar itu,
walaupun hanya imiginasi yang hidup,
tetap senyum ku terukir..
Laksana bulan di awangan,
shahdu menirai kasih..
Dengan hanya sekeping gambar,
satu kisah demi satu kisah,
terungkai bak kisah 1001 malam,
yang tidak akan pernah habis,
walau ramai yang jemu,
dan mempersoalkan,
bilakah tirai itu akan berlabuh?..........
Maaf, selagi sekeping gambar itu ada,
seribu cerita terungkai,
selagi itu aku akan terus disitu,
membina senyumku,
menatap gambaran mu...




Saturday 20 August 2011

Duhai Hati...........

Duhai hati,
maafkan aku,
kerana melukai kamu,
udah lama tinggalkan kamu,
aku kini kembali,
kepada kamu,
ayuh buka buku baru,
kita mula langkah baru,
harungi liku satu-persatu,
dan aku sudah rindu,
pada dirimu dan sajakku...

Monday 14 March 2011

Terdaya melafazkan

Kenapa hatiku penuh ragu !!!!
Kenapa batin ku teramat pilu !!!!
tikam menikam menusuk kalbu ~~
aku tak mahu begitu..
Luahkan sahaja apa yang terbuku...
Usah biarkan hanya 1 pihak kelu...
terus membisu..

Mereka berhak berbicara!!
menyuarakan apa ada..
usah bersembunyi dibalik ayatmu..
madah tak berlagu..
pujangga yang tak menentu..
tolong fahami apa yang berlaku..
di setiap kelilingmu...

Lafaz kan sahaja !

Monday 7 March 2011

siapa bersalah??

Tak perlu nak salahkan siapa-siapa..
mereka hanya manusia biasa,
sama seperti diriku jua..
Tapi lakon layar mu,
membutakan ~
membuatkan aku sakit hati..
kenapa perlu nak seksa orang begini rupa?
ah !!! kau pula berkata..
"aku tidak sengaja!!"
tidak sedarkah dikau bila berkata begitu??
kau hancur kan perasaan aku!!!
aku menangis walau air mata darah sekalipun,
sanggup kau bayar balik penderitaan ini??
penderitaan yang orang lain takkan tahu..
kecuali ALLAH ,Tuhan yang satu

Wednesday 23 February 2011

kutuk jangan tak kutuk~

hi sayang..
u memang manis..
u memang cantek,,
u memang ade pakej lengkap..
siapa pandang, pun mesti nak pandang lagi..
aku ni..tok soh cakap la..
memang tak dak ape yang boleh dibanggakan..

Aku kenal dikau sejak sekulah menengah..
kita jauh berbeza..
walau ade persamaan yang amat sebesar zarah..
tak mahu aku dibandingkan dengan dikau..

Dulu kau sangat bertutup,
baik je aku tengok..
sekarang..wallaaawee...
hot u..
dah top..
dah jadik model..

sinis tak sinis..
kutuk tak kutuk,...
aku tak suka cara kau sekarang..
dedah sana,,
dedah sini..
apa kau dapat??
kaki kau cantik.
atas bawah cantik..


speechless!!!! hanya mampu melihat..tak mampu menegur!

p/s : apa yang aku merepek ni?

Saturday 5 February 2011

coretan lama berdarah kembali.

kamu..
dulu kamu saya puja-puja,
kamu saya curik-curik pandang,
sebab kamu ade penariknya,
tak tahu dimana.

seperi jodoh ada antara kita,
tapi kedudukan yang menghalang,
kamu terlalu egois,
melanggar apa ada.

Kamu kejam,
permainkan hati dan perasaan ini,
ketika itu mujurlah saya masih mentah,
alasan kamu,
kita begitu jauh,
YA!!! kita terlalu jauh!!
tapi kamu masih sanggup menolongku,
dalam banyak perkara..
kamu, walaupun jarak itu,
menjadi benteng,
semahunya.
orang lain sedang pandang,
meminta kepastian,
dan kita menafikan,
dan kita tetap KAWAN.

Kini,
aku masih ingat kamu,
tapi bukan kamu yang saya puja,
sudah lama tidak bersua,
entah kamu bagaimana,
hanya kadangkala di alam maya,
bukan kerana saya lupa,
maaflah kalau kamu terasa,
mengapa kamu masih mencari saya?
kita sangat jauh,
sesuatu itu memisahkan kita,
kamu teruskan cita kamu,
pasangan hidup?
adakah lawak sedang direka?
harap kamu berjaya menemuinya,
tapi yang pasti, bukan saya orangnya.


sekian

andainya di luar sama di dalamnya.....

kau lihat aku ketawa,
walau dalamnya aku berduka.
kau takkan tahu kenapa,
usah lagi ditanya,
kerna ku gemar pendam segalanya.

Kadangkala,
memendam itu baik juga,
sebab takkan susahkan sesapa,
kenapa?
tiada siapa yang akan berduka nestapa.

Andainya yang di luar itu sama seperti di dalamnya,
ku ketawa, hatiku bergelak gempita,
takkan ada lagi duka dan lara.


Friday 4 February 2011

kalian yang indah :)

Pembaca budiman,
jasamu kan kukenang,
segala bait-bait tulisan,
akan ku pertahankan,
mengikut alunan,
bak burung nan berkicauan,
merima puisi rentak indah nian...

Kau insan berbudi,
ku kenang sampai mati,
segala jasa yang diberi,
tak terbalas ketika ini,
kerna nilainy yang tak terperi.

awak sahabatku,
jangan terlalu melulu,
fikirkanlah dahulu,
langkah satu persatu,
jalankan mengikut waktu,
Usah dikenangkan hal yang dulu.

Wednesday 19 January 2011

nada-Nada sumbang

Senja sudah pun berlalu,
Malam berlabuh,
pagi mendatang,
adakah sinar semalam sama dengan hari,
kekesalan,
tak dapat diungkapkan dengan kata-kata semata,
benarkah?
bagaimana?
untuk lari dari hakikat..
tak boleh?
kenapa?
perlukah bersebab?
aku tak mampu menanggung lama,
awan mengandung pun bakal mencurahkan titisan rahmat ke bumi ALLAH.
Semakin membengkak,
perlukah? untuk diluahkan segalanya?
untuk dilontarkan segalanya?
Akibatnya nanti?
ahhh..itu yang aku takut untuk hadapi~
sungguh aku tak ada kekuatan itu.
speachless~

Sunday 16 January 2011

saya sayang sahabat saya!

Setiap saat,
detik demi detik,
masa demi masa,
hari berganti hari,

setiap perlakuan ,
perlu diperdengarkan?
perlu dihebahkan?
perlu diadukan?
selalu dirungutkan?

untuk apa?

sehinggakan tali itu terputus,
sekian lama bersatu,
menjadi debu-debu,
bertebangan mencari hala tuju..

angkara siapa??

mengapa alpa?
mengapa leka?
mengapa?
dan
mengapa?

Dear Y,
I've already know you for so long..
And i think, i should say "this",
To wake you up, from the dream,
Perhaps,you didnt relize what happend arround you now..
You know why im doing this?,
because I LOVE YOU freind.. I dont want you LOST !!
Please..hear me for this time..
Maybe, you think im not the right person to say this.. But i do not care..
Because I do CARE all about YOU!!

Saturday 8 January 2011

Ehem

Hai cik pengarang jantung..
maafkan hamba menduakan kamu...




p/s : Minami Salsa Actually the other part of me..
Dont get me wrong...
I love poem..
And everything i'll write on this blog, its mine..